OGOS 2024

Persidangan Reka Bentuk Penyertaan Antarabangsa Dwitahunan Ke-18 Tahun 2024


SIBU: Isnin, 12 Ogos 2024 -

Premier Sarawak YAB Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Johari bin Tun Abg Openg telah hadir merasmikan persidangan julungkali diadakan di Asia dianjur oleh Universiti Teknologi Sarawak ( UTS ), 

Namibia University of Science and Tecnology dan SDEC Digitalising Sarawak.

Persidangan diadakan dari 11 - 17 Ogos 2024 disertai seramai 200 orang delegasi dari 24 negara  iaitu Denmark, Finland, Germany, India, Ireland, Italy, Jepan, Mexico, Nambia, Netherland, New Zealand, Norway, Portugal, South Africa, Sweden, USA, UK, Australia, Austria, Belgium, Canada, Egypt, China dan Malaysia bertempat di Dewan Tun Taib Mahmud, Universiti Teknologi Sarawak ( UTS ), Sibu.

“ Saya dimaklumkan bahawa penyertaan Komuniti Rekabentuk ini semenjak tiga puluh dekad memperjuang inklusibiliti dan mempastikan agenda Pembangunan Masyarakat dan Organisasi mencerminkan suara dan aspirasi pemegang taruh  dunia dengan komitment bukan sahaja penglibatan tapi mendalami hubungan dengan komuniti serta jaringan persahabatan dalam penyertaan.

Dengan penuh harapan agar persidangan ini akan memperlihatkan kita dengan strategi terkini bagi memberi visi untuk semua masyarakat dunia dan juga Sarawak agar  mencapai aspirasi kemakmuran, kelansungan dan berpendapatan tinggi kearah PCDS 2030”. - Kata Premier Sarawak dalam ucapan perasmian tersebut.

Pada akhir majlis, Premier Sarawak menyampai Anugerah Artful Integration 2024 kepada pemenang bersama iaitu Janustu, Bangalore, India dan Long Lama Community, Baram, Sarawak, Malaysia.

Seterusnya beliau menyasikan pertukaran  MoU antara University Of Tecnology Sarawak, Charles Darwin University Australia, University of AlBERTA, University of Nottingham UK dan Universty of Namibia Science and Tecnology.

Turut hadir adalah, YB Datuk Dr Annuar Rapaee, Timbalan Menteri Pendidikan dan Inovasi  Sarawak merangkap Pengerusi Lembaga UTS, Profesor Datuk Dr Khairuddin Abd Hamid, Naib Kanselor UTS, Prof Heike Winchuers- Theophilus, Pengerusi PDC2024, YB Fazzrudin Bin Abdul Rahman, Ketua Setiusaha Politik kepada Premier Sarawak dan dif-dif kenamaan lain.